Monday, January 12, 2009

free ur mind n think

This is what your Tax Dollars are Paying for! 
There is a Genocide, Holocaust, and Ethnic
Cleansing going on in the Middle East. 
Please be Conscious and Aware of how
Humanity has Fallen, and how much 
Detriment Corrupt Governments and
Corporations can have towards
 Poor People of Color. 
Please Boycott Israeli Goods and put an 
End to this Inhumane Act! The more we 
Close our Eyes and Ignore this Event the 
more we are Damaging Humanity and the 
Essence of Love and Peace! 
*Remember that INACTION is a 
Weapon of Mass Destruction*






Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Tuesday, January 6, 2009

Israel terus Membunuh

Rakyat Palestin Hari Ini,Angka Kematian meningkat kepada 600 Orang Sebanyak 600 orang rakyat Palestin telah terbunuh dan sekitar 2.500 orang terluka dalam masa 11 hari sejak Israel melancarkan misi yang dikatakan untuk menghentikan serangan roket dari dalam Gaza.

PBB menyatakan 25% dari mangsa yang terkorban adalah penduduk awam. Badan-badan bantuan di Gaza melaporkan keadaan di Gaza sangat memerlukan bantuan ubat-ubatan untuk mengubat mangsa-mangsa yang tercedera dalam serangan tentera zionis. Saksi-saksi melaporkan kereta kebal Israel untuk kali pertama bergerak memasuki kota Khan Younis di bagian selatan Gaza. Ketika mana dunia menyeru ke arah untuk mengadakan genjatan senjata,Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak mengatakan pada hari isnin bahwa operasi akan berlanjut sehingga tujuan mereka tercapai. Usaha diplomatik untuk menyelesaikan krisis ini tidak membuahkan hasil. Keadaan kehidupan penduduk di Gaza dilaporkan sangat buruk, sementara bantuan pasukan BBM, makanan dan gandum tidak sampai ke tempat penduduk Palestin yang memerlukan akibat sekatan pihak Israel. Banyak penduduk di Gaza juga tidak mendapatkan air bersih atau pun elitrik. Dokter Mads Gilbert dari Norwey, salah seorang doktor asing yang bertugas di Hospital terbesar Gaza, al-Shifa, mengatakan, ruang Hospital penuh dengan orang yang cedera parah dan mati akibat kurangnya sumber perubatan. Israel mengatakan tidak menyerang penduduk awam, tapi Dr Gilbert mengatakan, dia baru melihat dua pejuang Hamas di antara ratusan mangsa yang terkorban. Sementara itu, PBB mengatakan, satu juta penduduk di Jalur Gaza hidup tanpa litrik dan banyak terancam “kelaparan serius” dalam beberapa hari.

Monday, January 5, 2009

Lelaki Sejati Tahu Menggunakan Seterika

Gosok jangan tak gosok… Saja aku postkan benda alah ni buat pedoman isteri-isteri dan anak-anak juga tak lupa kepada lelaki-lelaki sejati a.k.a suami-suami mithali dalam mengosok pakaian terutamanya kemeja dan seluar.

Persiapan menggosok pakaian.

  1. Baca label maklumat yang terdapat di bahagian kolar baju dan di garis pinggang seluar pakaian anda untuk mengetahui tahap kepanasan yang diperlukan untuk menggosok fabrik tersebut.
  2. Sediakan peralatan menggosok seperti seterika, tempat menggosok yang rata (sebaiknya menggunakan papan gosok seterika) dan penyembur air untuk membantu melicinkan kedutan. Jika desiran air terjadi apabila air disemburkan pada permukaan bawah seterika, itu menandakan bahawa seterika sudah panas dan sedia untuk menggosok.

Langkah-langkah menggosok kemeja:

  1. Butang.
    -Tanggalkan segala butang termasuk butang di pergelangan lengan.
  2. Bahagian kolar belakang.
    -Telangkupkan kemeja dan gosok bahagian belakang kolar terlebih dahulu.
    -Gosok pula bahagian hadapan.
    -Gosok dengan gerakan pendek ke atas dan ke bawah tanpa berhenti kerana jika anda berhenti walaupun beberapa saat, takut pula baju akan ‘melecur’ atau terbakar.
  3. Bahagian lengan.
    -Letakkan salah satu daripada lengan di atas papan seterika mengunjur ke hujung papan.
    -Urut dengan tangan agar ia betul-betul rata dan tegangkan bahagian yang terkelepet.
    -Gosok dari bahagian atas lengan beransur-ansur ke bawah tanpa menggosok bahagian pergelangan.
    -Setelah selesai menggosok bahagian depan dan belakang, gosok pula lengan yang satu lagi.
    -Kemudian, barulah gosok kedua-dua bahagian pergelangan.
  4. Bahagian badan.
    -Rentangkan separuh bahagian depan baju selari dengan papan gosok.
    -Gosok dari bahagian bahu ke bawah.
    -Alihkan baju ke bahagian belakang
    -Gosok keseluruhan bahagian belakang kemudian alih ke bahagian depan yang satu lagi.
  5. Siap utk digantung!

Langkah-langkah menggosok seluar:

  1. Bahagian dalam.
    -Terbalikkan seluar dan gosok bermula dari bahagian atas, pinggang dan kelangkang, turun ke saku dan akhirnya pelipat di bawah.
  2. Bahagian luar.
    -Kembalikan seluar dalam keadaan yang betul.
    -Masukkan salah satu daripada kaki seluar ke dalam hujung papan gosok menjadikan seolah-olah papan tersebut memakai seluar tersebut.
    -Tarik pangkal seluar sehingga benar-benar rata kemudian gosok.
    -Lakukan pula pada bahagian seluar yang sebelah lagi.
    -Tanggalkan seluar daripada papan gosok.
    -Lipatkannya dua selari memanjang.
    -Gosok dari atas ke bawah pada setiap bahagian.
    -Ambil hujung seluar dan tariknya ke arah pinggang untuk menggosok bahagian dalam lipatan.
    -Gosok bahagian pelipat bawah seluar.
  3. Siap utk digantung!

Sunday, January 4, 2009

Persediaan asas memancing di laut dalam



SOAL: Apakah persediaan perlu untuk memancing di laut iaitu umpan, kekili, joran, saiz tali, ladung, perambut serta teknik dan waktu terbaik?


JAWAB: Umpan - Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.

Kekili - Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan (jatuh dalam laut).

Joran - Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, oran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).

Saiz tali - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).

Batu ladung - Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama – Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus.

Perambut - Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air. Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar, tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).

Teknik - Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting), pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.

Waktu - Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.

memancing ikan air laut

Memancing ikan air laut adalah kegiatan, olahraga, hobi atau salah satu cara menangkap ikan dilaut dan dilakukan mulai dari pinggir pantai hingga ke tengah laut dengan menggunakan bantuan alat pemancing ikan.

Di air laut, memancing ikan pada zaman ini dapat dilakukan dengan cara:

Selain itu kondisi saat memancing ikan di laut dapat dilakukan pada siang hari (dari pagi hingga petang) dan juga malam hari. Namun semua kegiatan memancing di laut kadang selalu tergantung juga dengan keadaan cuaca di sekitarnya.

Daftar isi

[sembunyikan]

Faktor Cuaca

Tidak setiap pemancingan ikan di laut selalu berhasil dengan baik. Saat memancing ikan dilaut, faktor cuaca atau faktor alam sangat berpengaruh pada hasil tangkapan. Faktor cuaca biasanya tergantung dari bermacam faktor.

Pemancing sedang berusaha menarik seekor ikan Marlin yang telah lemas ke sisi kapal untuk diangkat ke geladak kapal Faktor Cuaca di atas permukaan laut

Matahari dan Bulan

Terik tidaknya matahari pada siang hari kadang mempengaruhi kegiatan ikan. Memancing yang baik adalah saat menjelang pagi atau subuh, dimana secara biologis ikan baru keluar dari tidurnya dan mencari makan. Diteruskan hingga siang hari teriknya matahari yang terus bersinar tanpa adanya mendung dan gelap.

Sedangkan di malam hari berpengaruh kepada ada atau tidaknya bulan. Pada malam hari memancing ikan yang baik adalah pada saat tidak ada bulan atau dengan kata lain pada saat tidak ada sinar. Karena air laut itu mengandung garam maka jika ada sinar bulan pada malam hari akan menyebabkan senar pancing yang ada di dalam air laut akan terlihat seperti menyala, itu diakibatkan karena adanya sinar atau cahaya dari atas permukaan air. Tetapi untuk memancing cumi-cumi atau udang lebih sering dilakukan pada malam hari justru disaat ada bulan adalah saat yang paling baik, karena hewan-hewan ini sangat tertarik kepada cahaya yang menyebabkan mereka mengumpul di permukaan laut disaat ada bulan. Itu sebabnya mengapa nelayan pada malam hari menggunakan lampu atau petromak untuk mencari ikan kecil, udang dan cumi-cumi.

Angin, Ombak dan Awan

Kecepatan angin juga mempengaruhi kegiatan ikan, karena besar tidaknya ombak adalah akibat dari tiupan angin. Dari tiupan angin akan mengakibatkan adanya ombak dan juga bisa berpengaruh kepada ada atau tidaknya awan. Jika memancing di tengah teluk yang curam disaat ombak besar ikan-ikan yang lebih kecil biasanya akan menuju ke teluk yang mengakibatkan ikan-ikan besar juga ikut ke dalam teluk untuk mencari mangsa.

Aliran angin juga tergantung dari cuaca dan musim. Jika mendung dan matahari terhalang atau redup, ikan laut juga biasanya akan berenang dan berada lebih kedalam air atau bahkan ke dasar laut. Disaat hujan atau musim hujan, ikan laut cenderung lebih sedikit karena salinitas air laut atau kadar garam pada air laut berkurang yang disebabkan oleh banyaknya air tawar yang terbuang ke permukaan laut juga ditambah oleh aliran muara sungai tempat air tawar terbuang ke tengah laut dan mengakibatkan ikan menuju ke tengah laut, ke dasar laut atau bersembunyi dikarang. Sedangkan jika hujan terjadi di tengah laut dan hanya sebentar apalagi ketika hujan baru reda kadang ikan akan bertambah lapar dan agresif.

Faktor Cuaca di dalam air laut

Suhu air laut

Suhu air laut sangat berpengaruh pada ikan, jika terlampau panas ikan akan lebih ke dalam laut atau ke tengah laut untuk mencari suhu yang lebih dingin, tetapi pada suhu yang agak tinggi ikan akan lebih agresif dalam mencari makan. Sedangkan jika suhu air laut terlampau dingin, ikan akan kurang dalam selera makan dan kurang begitu agresif. Suhu air laut daerah tropis berkisar antara 26 - 35 derajat celcius sedangkan pada daerah kutub bisa mendekati nol derajat celcius.

Arus air laut

Arus air dipengaruhi oleh keadaaan laut sekitarnya. Banyak kejadian pada saat situasi angin lemah, arus air bisa kencang atau pada saat angin kencang arus air dalam laut justru lemah. Jadi arus air tidak dipengaruhi oleh angin.

Jika arus air laut kencang dapat terlihat pada mancing dasar oleh miringnya senar pancing ketika timah pemberat umpan pancing dan mata kail sudah menyentuh dasar laut. Kadang mata kail dapat bergeser sangat jauh atau bahkan tidak dapat menyentuh dasar laut. Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan memberi pemberat yang lebih besar. Seperti layaknya udara, air laut bergerak dari yang bersuhu dingin menuju ke suhu yang lebih hangat. Pada daerah pertemuan kedua arus inilah biasanya ikan banyak berkumpul.

Kejernihan air laut

Faktor kejernihan atau kekeruhan air laut juga patut diperhitungkan. Kadang kekeruhan air yang buruk atau banyaknya sampah dapat menyebabkan ikan berkurang. Saat yang lebih baik adalah pada keadaan laut sekitarnya bening dan berwarna biru terang dan matahari bersinar terik. Kadang perbedaan warna laut bisa diakibatkan oleh sinar matahari yang redup atau terhalang oleh mendung, hal ini dapat menyebabkan air laut terlihat keruh.

Lihat pula